Semalam benda yang tak di duga berlaku. Lcd laptop aku pecah. Memang salah aku pun. Semalam tengah-tengah main laptop tiba-tiba rasa nak pergi ke bilik air jadi aku pun bangun la dari tempat duduk aku. Aku takperasan yang wayar mouse aku tersangkut jadi masa aku berjalan akutertarik la laptop aku. Telangkup laptop aku kat lantai. Adoi sedihnya tengok laptop aku dalam keadaan macam tu. Bila aku angkat balik dan lihat LCD nya sudah pecah. Tapi takde la tertanggal cuma retak jela. Mana la aku nak cari LCD laptop aku ni. Kena keluar duit lagi. LCD tu pasti dan pasti la mahal. Adohai baru je nak kumpul duit.
Ok semalam boss aku dah bagi aku tugas yang perlu aku buat. Baru la aku tahu dimana kedudukan aku dalam syarikat ni. Bak kata En Nas sebelum ni semua orang tengah terapung kat syarikat ni sebab tak tahu kedudukan masing-masing.
Kedudukan aku dalam syarikat ni ialah sebagai Developer. Aku ditugaskan untuk mengawal website syarikat. Jadi semalam En Nas menyuruh aku menggunakan applikasi "Zoho Office Suite". Aku masih tak beberapa pasti lagi apa peranan aplikasi tu dengan kerja aku tapi En Nas ada beritahu tentang Office Automation. Aku masih tak beberapa paham lagi tentang aplikasi tu. Apa yang aku tahu tugas aku sekarang ni untuk memahami dan menggunakan aplikasi ni sebagai "tools" aku dalam mengawal website syarikat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan