Label

Khamis, 14 Oktober 2010

Kalah

Hari ni aku kalah. Kalah dengan ujian yang Allah beri kat aku. Niat hari ni nak puasa sunnat. Sampai tengah hari dah aku tahan. Lepas zohor lebai pula ajak makan. Masa tu hati dah berbelah bahagi dah. Tapi takpe niat nak teman je dia makan.

Sampai saja kat kedai makan aku duduk kat kerusi sambil tu tengok si Lebai ambil makanan. Tengah duduk2 ni datang la si tukang ambil order tanya nak minum apa. Aku suruh dia amik order si Lebai.Dia kata dah ambil. Jadi aku kata takpe la. Si tukang ambil order tu pun bla dari situ. Tiba-tiba dia datang balik bawa teh o ais bagi kat aku. Memang mengiurkan masa tu. Hati ni mula la cuba je nak cari alasan apa yang aku buat hari ni yang menyebabkan aku kena buka puasa. Macam2 aku fikir. Membazir la sebab dah order, was2 la, Petang ni ada buat usaha ziarah takut tak sempat nak buka la & banyak lagi la. hehe..Sekali Lebai tanya aku sahur tak pagi tadi? Aku kata tak & terus bagi alasan tak baik kalau tak sahur ni. Macam orang yahudi & orang hindu. Dengn serta merta aku capai air tadi & terus minum dan terus ambil makanan ;p

Astagfirullah hal azim. Teruknya aku ni. Baru ujian sikit dah tak dapat tahan. Ya Allah iman aku lemah Ya Allah. Kasihani la hambaMu ni & tingkatkan lah iman aku ni. Beri la kekuatan untuk aku beramall & bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan pada ku. Aku amat perlukan pertolongan mu Ya Allah. Sesungguhnya Kau lah yang maha pemurah.

Moral yang aku dapat hari ni ialah Pasang la niat yang sungguh & bersedialah menghadapi ujian yang akan muncul & minta lah pertolongan dari Allah. Sesungguhnya Allah maha pemberi pertolongan

Tiada ulasan: