Label

Selasa, 19 Julai 2011

Syaaban


sekejap saja kita dah masuk ke bulan syaaban..Lagi pula dah setengah bulan kita melepasi bulan ni.Cuba kita islah diri kita balik dalam bulan ni macam mana amlan kita pada Allah sepanjang bulan ni.. Sedangkan bulan ni adalah bulan yang amat baik di mana Allah swt mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat.

Selain itu sesiapa yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara dari maksiat. Taubatnya diterima juga terselamat dari mara bencana pada tahun berkenaan insyaAllah. Jadi sama - sama lah kita azam untuk perbanyakkan amalan pada bulan ni dan insyaAllah lagi-lagi dibulan Ramadan yang tidak lama lagi. Ni ada beberapa hadis yang aku nak kongsi tentang kebaikan-kebaikan bulan syaaban ni.

apabila bertanya Usamah bin Zaid Nabi s.a.w mengapa baginda banyak berpuasa pada Bulan Syaaban, Nabi s.a.w menjawab: “Syaaban antara Rejab dan Ramadan, manusia lalai mengenainya. Padanya (Bulan Syaaban) diangkat amalan hamba-hamba Allah. Aku suka tidak diangkat amalanku, melainkan aku dalam keadaan berpuasa” (Riwayat al-Nasai, dinilai hasan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah 4/522)



Aisyah r.aha juga menyebut: “Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Nabi s.a.w menyebut: “Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani menilai sahih dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah 3/135).





Tiada ulasan: