Label

Rabu, 26 Januari 2011

Allah Sayangkan kita 70 kali ganda

Didalam satu peperangan seorang ibu dengan cemas telah berlari-lari mencari anaknya yang hilang didalam peperangan tersebut. Setelah menjumpai anaknya ibu tersebut terus mendakap anaknya yang hilang itu dengan kuat dan memberinya susu. Rasullullah yang telah memerhatikan peristiwa itu telah bertanya pada sahabat, lihatlah betapa sayangnya ibu ni pada anaknya. Sanggupkah ibu tadi mencampakkan anak ini tadi ke dalam api? Sahabat menjawab semestinya tidak Ya Rasulullah. seorang ibu begitu sayang pada anaknya. Dia sanggup mengorbankan apa sahaja untuk anaknya. Sesungguhnya Allah swt sayang pada manusia 70 kali ganda lebih daripada sayangnya ibu pada seorang anaknya.

SubhanaAllah.. Hari ni kita tengok pada diri kita. Berapa dalamnya cinta dan kasih sayang kita terhadap Allah SWT. Allah SWT memberikan pelbagai-bagai nikmat pada kita pada setiap masa. Tidak henti-henti nikmat yang Allah SWT berikan pada kita. Betapa sayangnya Allah pada kita. Hari ini walaupun kita mengingkari Allah SWT, Allah tetap memberi nikmat pada kita dan nikmat yang tidak pernah terputus adalah bernafas. Sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha Penyayang.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkata: Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Allah Taala berfirman:

"Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari."

(S0hih Muslim)

Tiada ulasan: